HIMPUNAN DAULAT TUANKU
-
Ada penulis blog bohong?! - Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyid...1 hour ago
-
ARTIKEL BLOGER 'ANGIN-PERUBAHAN' ! - KLIK DI SINIhttp://anginperubahan.blogspot.com/2009/09/blair-masuk-masjid-di-palestin-xavier.html4 hours ago
-
Edisi Hangat : Cerai Taklik Talak Tiga, Senjata Sulit PAS ikat ADUN Gadai Anak / Isteri Mereka ! - Saya masih lagi dalam keadaan dinasihatkan agar tidak risau. Tetapi saya terpaksa melanggar pantang tersebut kerana kewajipan saya sebagai blogger perlu di...11 hours ago
-
FAKTA BERKAITAN PELANTAR MINYAK DAN GAS. - JANGAN ASHIK WANG ROYALTI AJE...PERPADUAN UMMAH LEBIH UTAMA..!! KOS DIJIMATKAN MENGUNAKAN PAIP LINE THAILAND..CUMA PERLU SAMBUNG SIKIT KE JAJARAN PAIP G...13 hours ago
-
SIDANG DUN DAN BAJET 2010 PERAK - Sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang catatan. Setelah habis sidang DUN Perak pada 28hb September 2009 saya teruskan dengan kerja-kerja pentadbir...1 day ago
-
PAS akan untung secupak dan rugi segantang jika Dato Hassan Ali di singkir keluar dari parti - *Dato Hassan Ali ibarat sebutir benih yang subur, jika dicampak kelaut menjadi pulau, jika dicampak kedarat menjadi bukit.* Sebenarnya PAS sedang berada d...4 days ago
-
Nik Aziz yang bawa PAS keluar daripada BN - Inilah hakikat yang sebnarnya. Kesusahpayahan Datuk Asri menyahut saranan Tun Razak untuk menyatupadukan Melayu telah dipunahkan sebegitu sahaja oleh Nik A...6 days ago
-
Nik Aziz yang bawa PAS keluar daripada BN
Inilah hakikat yang sebnarnya. Kesusahpayahan Datuk Asri menyahut saranan Tun Razak untuk menyatupadukan Melayu telah dipunahkan sebegitu sahaja oleh Nik Aziz. Dialah yang menjadi dalang besar ini.
6:25 PM | | 5 Comments
Liku perjalanan politik seorang yang bernama Ajis
Lalu beliau memulakan karirnya sebagai penanam anggur. Kemudian beliau melihat ada satu jawatan kosong dalam iklan. "GURU KEMAS DIPERLUKAN". Ajis pun memasukkan permohonannya.
Setiap hari beliau bermimpi agar permohonannya diterima. Lalu untuk mengukuhkan permohonannya beliau mendaftarkan dirinya sebagai ahli UMNO. Jadilah Ajis kemudiannya ahli UMNO. Lalu seterusnya dek kerana Ajis ni amat kuat kipas, maka di kasihani dia dan dilantiklah beliau menjadi Guru Kemas.
Kemudiannya, setelah melihat betapa poyonya Ajis sebagai Guru Kemas, maka Datuk Asri menawarkan Ajis untuk menyertai PAS yang sedang mentadbir Kelantan pada masa itu. Dengan malu-malu kucing, Ajis pun menandatanganilah borang dan kemudiannya menjadi ahli PAS pula.
Setelah masuk PAS, Ajis nampak peluang yang baik untuk beliau cucuk jarum dan naik ke atas. Dia kerjanya mencari kelemahan Datuk Asri satu demi satu. Ini adalah supaya beliau dapat merampas kepimpinann PAS daripada Datuk Asri.
Ikutilah kisah selanjutnya....... Ajis seorang puaka politik yang penipu!
11:56 AM | | 7 Comments
Boot Tuh Lula Pak Ajis
Memang dasar kambing betul Pak Ajis tu. Bott Tuh Luulaa. (Ada sambungannya... Tunggu!!!)
11:27 AM | | 1 Comments
Nak buang dua tiga kerat atau Nik Aziz yang kena kerat dua tiga!
Amat malang nasib si Ajis yang selama ini dia selalu memikirkan yang dia amat hebat walhal sebenarnya pekong dirinya telah diketahui ramai. Sitalam dua muka yang amat haloba dan gilakan kuasa ini telah terjerumus ke gaung maksiat Jalan Hamzah yang beliau ciptai.
Lalu gadis-gadis yang meranjang di disko-disko Jalan Hamzah menjadi enak diratahi pemuda-pemuda PAS Kelantan yang amat berahi belaian manja gadis-gadis siam itu ditemani arak yang bertong-tong dram.
Nik Ajis. Apalagi yang tinggal selain kebongkakkanmu yang terlalu sombong. Kau berselindung di sebalik nama ulama', walhal engkaulah yang bersikap Pooh Key Mark. Banggalah engkau dengan wajahmu yang dipuja manusia sehingga itu semua sudah jatuh syirik sehingga kau sanggup jadikan wajahmu diberhalai pengikut PAS yang taksub.
Victoria buat Ustaz Nasharuddin and the company. Pergi jahannamlah Nik Aziz!
4:02 PM | | 24 Comments
Isu Haji A mantan TPJ PAS Perak, Mantan PJ PAS rembat kawasan balak
Tuan Haji A, mantan TPJ PAS Perak? Mana duit balak untuk PAFA? 3 kompartmen tu!!! Dah rembat ker? Mantan PJ, camna boleh pakai mata belalang balik. Dulu kan dah nak bangkrup? Kenapa tidak dilantik semula?
Ni kami baru nak selongkar hal PAS dulu. PKR belum lagi! Siapa yang dapat bagi kek PKR? Kami tahu... yea...
Sekarang tahulah anda kenapa mereka berguling2 atas jalanan dulu. Semuanya kerana fulus. Kerana permohonan tanah tak sempat nak lulus lagi.... Ni belum lagi kami buka fasal bab pasiak.
DAP ni memang penyapu... Banyak betul disapunya.
1:45 AM | | 13 Comments
Pendedahan isu balak - Pemuda PAS Perak gelisah!
1:59 PM | | 7 Comments
Nalapambu mengesahkan PAS bersekongkol dengan Rasuah
Maknanya Nalapambu amat berpuas hati bahawa Pas tiadalah bedanya dengan UMNO yang dituduh oleh Nalapambu sebagai kenderaan yang membawa perasuah. Kini bila saja PAS menikmati kuasa, maka kenderaan PAS juga membawa perasuah. Jadi tiadalah bezanya. Demikianlah kata-kata yang diungkapkan oleh Nalapambu.
Kini Mantan Org No.1 & 2 DPP Perak sedang diburu oleh ahli-ahli Pemuda yang lain. Duit balak itu tadi sebahagiannya telah sampai ke kelab-kelab malam buat jamuan kepada petugas samseng yang menjadi bodyguard mereka dan dijamu dengan arak wiski dan bir. Enak kata mereka. Ada juga katanya duit itu sudah masuk semula ke pusat pelacuran, ke Betong, ke rumah urut dan sebagainya sebagai tanda terima kasih Org. No.1 & 2 kepada jasa bodyguard mereka dan runner yang mengambil peranan yang sama.
Ini yang dinamakan Dakwah dan Terebah. Syabas PAS kerana Usrah mereka berjaya melahirkan generasi pencinta harta dan pentamak haloba. Katakanlah ianya adalah Dakwah dan Terebah.
Kerana apa? Kerana asal duit yang taukeh Cina itu berikan kepada mereka adalah hasil pendapatan dari pelaburan arak, judi dan betina. Lalu akhirnya ia kembali ke situ semula. Inilah yang dikatakan sebagai proses cuci wang judi, arak dan betina. Taukeh Cina itu pun tahu betapa haram jadahnya duit judi, arak dan betina. Lalu mereka lemparkan wang kertas haram itu ke muka penipu Ayat-ayat Allah. Taukeh Cina itu pun tak mahu gunakan wang haram tersebut. Kerana anak mereka perlu dibiayai dengan duit yang halal lagi bersih. Kini taukeh Cina sudah ada konsesi balak. Mereka akan tebang balak itu untuk dijadikan kayu dan dijual. Maka hasilnya itu barulah mereka belanjakan untuk makanan dan persekolahan anak mereka.
Taukeh Cina juga membaca Kitab "Bijak" karangan seorang "Pandhi" (sebut:pandai) yang bernama Kabir. Si pandai Kabir ini jugalah yang mengembangkan ajaran Bhakti (baca:Bakti) iaitu suatu set ajaran ketuhanan yang menyatakan apakah yang baik dan apakah yang buruk di dunia ini. Maka taukeh Cina yang baca Kitab Bijak itu tahu bahawa mereka mesti membuat "bakthi" di dunia ini.
Meskipun taukeh Cina itu masih lagi dalam kepesongan Tauhid Uluhiyyah, jika dibandingkan dengan Perakus PAS 2 ekor itu yang dikatakan faham tentang Tauhid Uluhiyyah namun Perakus PAS ini buta luhur tentang soal "Bakti". Simpulnya kisah ini, kedua-duanya tak dapat jua sampai ke penghujung matlamat yang mesti dituju manusia; iaitu - kembali kepada Allah.
2:16 PM | | 10 Comments
Rasuah, Nalapambu dan Pemuda PAS Perak
Ini ialah cerita tentang DAPAT BALAK. Sebenarnya apa yang didapati oleh orang yang dikatakan DAPAT BALAK itu bukanlah dapat konsesi kawasan pembalakan kerana apa yang diperolehi mereka sebenarnya ialah BALA'. Bala' daripada Allah SWT.
Cerita ini bermula setelah Perak ditawan oleh Pakatan Rakyat. Maka menjadi liang libu pemimpin Pakatan Rakyat kerana nak cilok apa yang boleh cilok.
Termasuklah dua karakter pimpinan Pemuda PAS Perak. Orang No.1 dan Orang No.2 dalam saf kepimpinan terdahulu. Sketsa benar ini dihikayatkan ketika mereka menjaja Surat Kelulusan Balak ke sana-sini untuk mencari mana satukah "Syarikat Cina" yang sudi membeli konsesi kawasan balak seperti yang tertulis pada Surat yang mereka jaja itu. Surat yang dijaja itu masih belum ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan.
Soalannya? Apakah yang dijaja oleh ustaz PAS itu? Waktu malam mereka menjaja Ayat Al Qur'an untuk ditukar dengan sokongan dan pengaruh kepada mereka. Siang hari mereka menjaja kawasan balak kepada taukeh Cina yang mana sanggup bayar lebih.
Syarikat dan pemilik tukul besi digunakan "orang lain" punya. Mula-mula janji nak syer kerat dua. Bila dah jadi, lain cerita pula. Kata mereka, "Ini duit dana dan sumbangan untuk Jama'ah"
Untuk Jama'ah! Kepala hautak pak hang! Setelah di semak dengan Dewan Pemuda PAS Perak, tak ada pun dana yang masuk. Sah dah! Semua RM masuk kat poket Orang No.1 dan Orang No. 2 ini. Bagaimanapun Orang No.1 tu lagi lincah. Bukan hak ni saja dia dapat sapu. Dia sendiri pun ada panggu lain bagi konsesi yang lain.
Peh! Hebat sungguh. Tapi mereka kata apa yang mereka lakukan itu bukanlah rasuah. Tapi Allah tahu. Lalu pada 5/2/2009, dum dum merudum tersungkur kerajaan PR menyembah bumi. Lalu jadi gila mereka. Berguling-gulinglah mereka di tengah jalan nak menuju ke istana. Yang ini namanya bala'
Kini ramai yang dah jadi orang kaya baru. Rumah baru, kereta baru dan ada juga telah memiliki isteri baru.
Mereka jadi begitu bukanlah kerana mereka orang PAS, PKR ataupun UMNO. Mereka jadi begitu kerana mereka orang politik. Nak jadi orang politik mesti jadi Zuhud. Zuhud pada harta. Jika, tidak nanti harta itulah yang akan memakan semua kebaikan dalam diri. Tiada makna lagi Qiyamullail betahun-tahun, bila kebaikan dan pahala telah karat menjadi dosa dan bahana.
10:11 AM | | 9 Comments
Melayu itu Bijaksana
Mari kita lihat sedalam-dalamnya akan istilah ini - Bijaksana. Bijaksana terdiri daripada dua perkataan iaitu bijak dan sana. Apakah itu bijak? Didalam epik Sejarah kewujudan Kerajaan Melayu Melaka, kisah sang kancil menendang anjing buruan Parameswara dijadikan mukaddimah ceritera. Sang kancil menjadi simbol bagi perkataan bijaksana. Demikianlah bijaksananya sang kancil itu. Memerangkap anjing buruan ke tebing dan membuat aksi luar jangka menendang anjing itu hingga jatuh ke sungai lalu kebasahan ia.
Pertarungan itu telah memberikan kemenangan sang kancil ke atas anjing tadi. Tapi ianya bukanlah anjing biasa. Ianya anjing buruan. Anjing buruan terkeluar daripada kumpulan anjing kerana hasil buruannya boleh dimakan manusia. Dan najisnya tiada perlu disamak.
Kedua-dua karektor sang kacil dan anjing buruan dijadikan sebagai sketsa pembuka hikayat oleh sang pencerita. Lalu sketsa ini diceritakan berulang-ulang kali sehingga ianya dititipkan sebagai sejarah jua. Benar atau tidak episod itu bukanlah isu yang patut diperdebatkan kerana yang paling penting di sini ialah kenapakah sang punya hikayat memulakan kisahnya dengan peristiwa ajaib ini.
Namun yang penting di sini ialah permulaan sastera Melayu sering di awali dengan simbol bijaksana. Dan inilah yang menjadikan bangsa Melayu ini bijaksana.
Di dalam bahasa Arab secara konteksnya bijaksana membawa maksud hikmah. Hikmah bermaksud kepandaian yang diasaskan oleh ilmu yang telah digarapkan oleh pengalaman. Contohnya Hikmah ialah bagaimana Nabi Muhammad SAW mendrafkan terma perjanjian Hudaibiyah yang nampak seperti menang bagi pihak Quraisy Kafirin pada zahirnya, namun kesan akibat perjanjian itu akhirnya menang adalah bagi pihak Muslimin.
Istilah hikmah di dalam Bahasa Arab ini telah dipinjam oleh Bahasa Melayu. ianya disebut hikmat. Hikmat itu adalah kata sifat kepada kebendaan contohnya, tongkat hikmat. Hikmat sebagai kata sifat menyifatkan benda itu memiliki fungsi keajaiban atau metafizikal.
Itulah juga maksud kebijaksanan yang ada pada sang kancil tadi. Sang kancil itu adalah sang kancil hikmat kerana adatnya anjing yang menewaskan sang kancil tetapi hikmat telah menjadikan sebaliknya.
Hikmat yang ada pada sang kancil itu bukanlah suatu kuasa magis. Hikmat sang kancil itu ialah kebijaksanaanya untuk menumpaskan anjing tadi. Sang kancil membawa permainan kejar-mengejar sehingga ke tebing kerana ianya boleh dijadikan tempat untuk menendang anjing agar jatuh. Jatuhnya itu ke sungai dan anjing akan mengambil masa yang kian lama untuk berenang ke tepian, memanjat ke tebing dan mengeringkan bulunya yang basah, jika ia masih ingin bertarung dengan sang kancil semula.
Tapi anjing telah mengisytiharkan kekalahannya, lalu nak keluar daripada sungai pun tidaklah ia mampu, lalu diselamatkan oleh pengawal yang mengiringi Parameswara.
Melayu hanya akan jadi bijaksana setelah seseorang itu menjadi layu kepada Allah. Kelayuannya itu akan memberikan ruang kepada cahaya Iman untuk masuk ke sanubarinya. Cahaya itu sungguh mistikal lantas hati sanbuari mengepam darah ke jantung untuk dioksidakan ke kapilari-kapilari di badan dan ke otak. Lalu neuron saraf bergetaran dan ilmu serta maklumat diproses dan iman yang mengalir bersama darah tadi terus saja mentauhidkan apa jua keputusan yang akan disusuli oleh keyakinan, bicara lisan dan tindakan.
Perkataan Bijak yang menjadi salah satu istilah Bahasa Melayu ini diambil daripada istilah Sanskrit, "bija", secara literalnya membawa maksud biji benih. Sana pula bermaksud "di kejauhan". Maknanya bijak sahaja tidak cukup. Bijak itu mestilah melampaui di kejauhan sana.
Maknanya masih belum cukup bijak jika hanya melihat Melayu dalam konteks Malaysia sahaja. Lihatlah dunia Melayu kita bermula daripada Selatan Afrika ke Madagascar merintangi Lautan Hindi, seluruh Kepulauan Melayu, Persisiran Hujung Asia merentas Segenting Kera dan selatan Indo Cina dan mengaum Kepulauan Filifina, seberang terus melepasi Micronesia, Polynesia dan Melanesia sehingga bertapak teguh di Kepulauan Hawaii. Barulah namanya Bijaksana.
3:57 PM | | 4 Comments
Bagaimana nak menubuhkan Melayu Raya?
Lalu kita satukan semua 80% Melayu majoriti dalam bentuk rangkaian NGO-NGO. Bagaimana nak lakukannya?
Bagi orang yang sudah melihat jalannya, pasti dia akan lebih mudah melihatnya. Itulah istilah perjuangannya - Bersatu Hati. Makanya di sini kita akan memulakan projek mensatukan NGO-NGO Melayu. Dan kepada kumpulan orang Melayu yang tiada NGO, kita akan tubuhkan NGO-NGO tersebut.
Dan dalam perjalanan ini kita telah mengenal pasti 3 buah NGO yang akan menjadi asas permulaan kepada gerakan BERSATU HATI ini.
Pertama, Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan MELAYU Malaysia (PEWARIS MALAYSIA)- sudah lulus pendaftarannya
Kedua, Pertubuhan Kebangsaan Jalinan Perpaduan MELAYU Malaysia (PANGLIMA)- sedang dalam proses pendaftaran
Ketiga, Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Prihatin dan Tegas Malaysia (MERHITAM)- sedang dalam proses pendaftaran
Dijangka keahlian bagi ketiga-tiga pertubuhan ini akan mencecah bilangan setengah juta ummat Melayu.
2:26 PM | | 2 Comments
Cuba terangkan kepada kami Melayu itu apa sebenarnya?
Becakap soal Keturah dan saya bertanya kepada insan yang punya ilmu. Lalu dia maklumkan bahawa telah ditulis oleh Ibn Kathir di dalam kitab sirahnya, Bidayah Wan Nihayah dikatakan empat orang kesemua isteri Nabi Ibrahim. Kami pernah sempat ditunjukkan oleh si yang punya ilmu itu dan terdapatlah seorang yang dinamakan sebagai Qanthurah, begitulah nama itu dieja. Dan Ibn Kathir pantas menyatakan sedemikianlah sepertimana yang disebut oleh "sekian nama seorang ulama' dalam kitabnya yang sekian nama juga". Izinkan kami dahulu untuk tiada menuliskan selengkapnya kerana biasanya Ibn Kathir akan menyertakan Al Qur'an dan Al Hadith selepas sesuatu yang dia ceritakan tetapi tiada pula pada maklumat yang berkenaan isteri Nabi Ibrahim ini.
Pernah juga kami terbaca satu tulis seorang Muslimin, barangkali dia orang kelahiran Barat, yang mana beliau suka mengkaji berkenaan dengan sejarah. Sewaktu itu kami asyik nak mencari kisah-kisah tentang siapakah Jews moden. Lalu dalam mengocah-ngocah maklumat internet kami terjumpa peristiwa Ya'juj Ma'juj dalam dek nak mengenali siapakah Jews moden itu. Dan akhirnya tersampai kepada kisah siapakah Dzul Qarnain... Insan yang punya dua tanduk yang ramai juga menyatakan bahawa dia adalah Cyrus The Great yang dikatakan beragama Zoroaster dan ada yang mengatakan dia adalah Alexander The Great. Walhal dalam maklumat yang lebih suka kami terima ialah Dzul Qarnain itu adalah seorang pahlawan yang hebat yang juga menjadi raja yang agung dan zamannya itu adalah zaman Nabi Ibrahim. Dzul Qarnain dikatakan pernah tawaf di Ka'abah bersama Nabi Ibrahim dalam bacaan sepintas lalu yang kami baca yang dikatakan dalam tulisan itu adalah direkodkan dalam satu Hadith Nabi. Kami tiada meneruskan semakan dan biarkan maklumat itu berlalu begitu sahaja.
Cuma yang lebih menarik bagi kami ialah ulasan budak Muslim tadi di mana, katanya setelah puas untuk mengesahkan siapakah Dzul Qarnain itu siapa, lalu dia memuaskan hatinya dengan ulasan sebegini.
Beliau merujuk kepada isu berapakah bilangan ahli gua di dalam Surah Al Kahfi lalu kesimpulannya berapakah bilangan orang itu tiadalah penting kerana yang lebih penting ialah kisah dan pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya.
Begitulah ulasan insan itu mengenai usahanya untuk mengetahui siapakah Dzul Qarnain dan dia membuat kesimpulan yang penting baginya ialah mengambil pengajaran daripada kisah Dzul Qarnain bahawasanya Ya'juj dan Ma'juj itu adalah makhluq yang amat bahaya dan kita mestilah bersedia mendapatkan perlindungan Allah daripada kekejaman kedua-dua makhluq ini di persada menjelang qiamat kelak.
Tentang istilah Melayu. Kami lebih terdorong untuk melihat istilah Melayu itu sebagai transliterasi istilah Muslim dalam Bahasa Arab. Muslim adalah kata Fa'il yang berasal daripada akarnya Aslama Yuslimu Islaaman... faHua Muslim. Aslama bermaksud menyerah diri atau menunduk... to surrender or to submit... kepada siapa? kepada Allah SWT. Melayu juga berasal daripada kata "layu" yang juga bermaksud sudah tunduk atau sudah pasrah... berserah... Bunga itu sudah layu. Jadi kepada yang sudah menyerah itu mereka sudah Melayu kepada Yang Maha Besar. Begitulah saat mereka sesudah mereka di syahadahkan. Mereka sudah jadu layu... Melayu; lalu mereka akan tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Setelah mengucapkan dua kalimah syahadah para pendakwah tadi telah mengatakan kepada mereka - kamu kini sudah jadi Melayu, yakni jadi Muslim. Atau kamu kini sudah masuk Melayu atau masuk Muslim.
Lagi satu istilah yang digunakan ialah apabila mereka ditanyakan orang Arab ketika mereka mengerjakan haji di Mekkah. Kamu datang daripada mana? Kami datang daripada JAUH. Dari negeri mana? "dari Jauuh", jawab mereka... Orang Arab itu mengungkapkan kembali dengan menyebut Jauh sebagai Jau (Jim Alif Wau). Lalu orang Arab menyatakan mereka adalah Jawi (Jim Alif Wau Ya) Ya itu menunjukkan mereka adalah orang di tanah itu. Orang Arab memanggil kita sebagai Orang Jawi. Di Nusantara ini kita dipanggil sebagai Melayu. Jawi itu merujuk kepada orang Melayu, manakala orang Melayu pula dirujuk sebagai Orang yang merupakan kependudukan Gugusan Kepulauan Asia Tenggara yang telah masuk Islam . Kerana itulah kita biasa dengan istilah Masuk Jawi atau istilah Masuk Melayu kepada orang yang masuk Islam.
Apa yang ditulis itu hanyalah sebagai pandangan kerana kita mesti sesuaikan dengan dunia moden hari ini. Kita ambil nama pertubuhan yang digagaskan bersama oleh Burhanuddin Al Helmi iaitu PKMM. Kita berjumpa dengan istilah "Kebangsaan Melayu" di situ. Dan juga PEKEMBAR atau UMNO, lalu kita jumpa lagi istilah "Kebangsaan Melayu".
Kebangsaan bermaksud mewujudkan satu Negara-Bangsa. Bangsa Kurdish adalah bangsa tetapi tiada punyai negara. Banyak lagi bangsa yang begitu. Apakah di rantau Asia Tenggara ini mesti ada keBangsaan Brunei, keBangsaan Malaysia dan keBangsaan Indonesia sedangkan secara hakikatnya bahasa yang satu digunakan sebagai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu? Jadi apakah negara bangsa kita jika bukan ianya bernama keBangsaan Melayu?
Apabila kita bertitik tolak daripada pokok perjuangan "kebangsaan Melayu", kita mestilah jelas akan perjuangan asas yang berdiri di dalam perjuangan kebangsaan Melayu. Apakah perjuangan asas itu? Sudah pastilah perjuangannya ialah MENDAULATKAN HUKUM ALLAH DI BUMI ALLAH. MENEGAKKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP. DAN MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA YANG THOYYIBAH DAN DI DALAM KEAMPUNAN ALLAH. DAN BANYAK LAGI YANG KITA BOLEH GARISKAN IANYA.
Lalu yang penting kini, peristiwa di Perak mesti dijadikan pengajaran. Melayu dan Melayu berseteru, Bukan Melayu jadi penentu.
Izinkan kami mencelah sedikit buat renungan ahli Pakatan Rakyat dan juga ahli UMNO sekalian. Adakah pemimpin PAS sudah menjadi begitu suci dan menjadi ahli Syurga kerana mereka adalah ahli PAS? Apakah jika mereka mengamalkan kronisme itu sudah menjadi Benar dan Betul. Adakah sekiranya mereka mengamalkan rasuah mereka masih dianggap benar dan suci? Apakah pemimpin PAS itu tadi tak pernah memohon kawasan balak, kuari dan pasir? Kiranya ada, adakah menjadi lebih rakus daripada amalan pemimpin UMNO? Tanyalah kepada Pemuda PAS sendiri apa yang telah berlaku? Dan apakah rumah yang didiami oleh pemimpin PAS itu dan kereta yang mereka pakai setelah mereka merompak kekayaan negeri Perak semasa 9 bulan memerintah? Adakah masih rumah dan kereta yang lama? Apakah begitu cara bekerja "sang Penjual ayat-ayat Allah" dalam pentas ceramah politik mereka? Tanyakan semua soalan ini kepada pemimpin PAS sendiri.
9:27 PM | | 5 Comments
Bangsa Melayu bukanlah berasal daripada Keturah
Pertama, berapa orangkah isteri Nabi Ibrahim? Jawapannya Hanya Satu sahaja yang dirujuk oleh Al Qur'an sebagai isteri Nabi Ibrahim iaitu IBU KEPADA ISHAQ sepertimana dalam ayat 71 Surah Hud yang dimaknakan sebegini "Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub."
Manakala dalam Hadith Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam terjemahan bahasa Inggeris yang boleh dirujuk dalam kitab Sahih Al-Bukhari, Volume 3, Book 47, Number 803, di mana Sabda Nabi, "The Prophet Abraham migrated with Sarah. The people (of the town where they migrated) gave her Ajar (i.e. Hajar). Sarah returned and said to Abraham, "Do you know that Allah has humiliated that pagan and he has given A SLAVE-GIRL FOR MY SERVICE?"
Dalam Hadith tersebut menjelaskan nama Ibu Kepada Ishaq tadi ialah Sarah yakni isteri Nabi Ibrahim dan Hajar ialah hamba mereka (yang melahirkan seorang anak bernama Ismai'il).
Jadi hendaklah kita beriman dengan Al Qur'an dan Hadith Nabi sepenuhnya justeru segala fakta yang menjurus kepada Keturah sebagai isteri Nabi Ibrahim. hendaklah ditolak. Meskipun Hajar pada asalnya ialah Hamba namun setelah beliau mengandungkan anak Ibrahim dan melahirkannya, taraf Hajar sudah menjadi merdeka dan kemudiannya secara automatisnya beliau juga adalah isteri Nabi Ibrahim (secara konduk dan bukanlah melalui 'aqad). Begitulah Allah mengangkat martabat seorang hamba.
Jadi di sini, yang harus kita bicarakan tentang Melayu itu bukanlah Melayu sebagai satu bangsa kerana kita akan tiada menemui jawapannya yang tepat dan kita akan lebih tersesat. Eloklah kiranya kita memahami Melayu sebagai satu kebangsaan atau negara bangsa.
Bagaimana ianya bermula itu tiadalah penting lagi kerana pada hari ini, yakni dalam dunia moden ini, ada sebuah negara yang namanya Malaysia dan Malaysia ialah transliterasi kepada istilah Tanah Melayu (Malays+ia = Tanah Melayu). Ada sebuah negara besar yang namanya Indonesia yang mana Bahasa Kebangsaannya ialah Bahasa Indonesia yang berakarkan Bahasa Melayu. Dan ada sebuah lagi negara yang bernama Brunei mengamalkan sistem monarki Kesultanan Melayu sepenuhnya. Dan juga adalah dua wilayah Melayu di bawah naungan "Orang Asing" iaitu wilayah Patani atau wilayah Jawi dan wilayah Moro atau wilayah Sulu.
Dan apabila kita bercakap tentang kebangsaan Melayu sebenarnya kita bercakap tentang perjuangan Islam yang menjadi pra syarat kepada perjuangan kebangsaan Melayu di rantau Asia Tenggara. Soal seterusnya, di manakah perjuangan kebangsaan Melayu ini harus bermula? Kita mestilah menuju kepada kemerdekaan sebuah negara besar Melayu atau Melayu Raya di Alam Melayu ini.
2:52 PM | | 6 Comments
Adakah Melayu itu suatu bangsa?
Adakah perjuangan Melayu itu perjuangan yang mendaulatkan bangsa atau mendaulatkan agama? Apakah Melayu itu transliterasi kepada istilah Muslim?
Marilah kita kaji siapakah kita sebagai Melayu? Adakah saya seorang Melayu? Atau bila kita katakan kita adalah Melayu memberikan maksud kita beragama Islam. Bolehkah seseorang itu dipanggil Melayu jika dia bukan seorang Islam?
Bagaimana pula jika perjuangan Melayu itu adalah satu perjuangan Kebangsaan Melayu. Melayu itu adalah satu negara bangsa. Yang punya bahasa. Yang punya budaya dan ketamaddunan. Yang mana budaya dan ketamaddunanya menjadikan Islam sebagai garispanduan. Mana sahaja yang bersalahan dengan Islam maka ianya akan dipangkah buang. Manakala yang mana selari dengan maksud dan kehendak agama Islam maka ianya akan disematlaksanakan.
Justeru, yang mesti memimpin negara Tanah Melayu ini mestilah insan yang Kebangsaannya Melayu. Menjadi seorang yang kebangsaannya Melayu, orang itu mestilah seorang Islam. Yang keduanya, orang itu mestilah boleh berBahasa Melayu dengan baik. Dan orang itu mestilah jatidiri budayanya dan jatidiri adat susilanya adalah kedudayaan dan peradaban Melayu.
Akhirnya bila bicara soal Melayu, kita sebenarnya bicara tentang Islam dan apa sahaja yang Allah redhai untuk kita. Apa sahaja yang Allah redhai untuk kita ialah apa jua bahasa yang merupakan medium perantara sesama kita yang kita panggil sebagai Bahasa Melayu dan kebudayaan serta peradaban yang telah menjadi amalan dan kebiasaan orang yang dipanggil sebagai Orang Melayu.
1:20 AM | | 7 Comments
Jangan bunuh Anwar walau dia seorang peliwat
Baru-baru ini ana bertemu seorang kawan lama Anwar. Lantas beliau seakan mengesahkan Anwar tiada mustahil melakukan perbuatan haram itu. Namun pokoknya, dan katanya... meskipun itulah kesalahannya usahlah dihukum dia sebagai satu-satunya orang yang bersalah di dunia ini. Jika ingin dihukum dia juga maka tutuplah jemaah kabinet. Kerana katanya, dari atas sampai ke bawah semuanya sama sahaja. Tiada terlepas akan mereka dari dunia zina yang mengasyikkan itu.
Namun yang penting di sini, ayuhlah kita semua insaf dari dosa yang lalu. Masih besar ruang taubat Illahi kepada kita. Mintalah keampunan daripadanya. Gantilah kejahatan kita yang lepas dengan amal yang begitu banyak. Laksanakanlah amanah kepada mereka yang kita dipertanggungjawabkan. Jadikanlah juga Syawal ini lebaran memohon keamunan sesama kita.
11:04 AM | | 4 Comments
Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & Batin
3:39 PM | | 6 Comments
Kami isytiharkan kami adalah sahabat lama DS Zambry
Ya, kami seusrah dengan inta. Kami membaca bersama teks Fathi Yakan, "Apa ertinya aku menganut Islam" bersama-sama DS Zambry. Kami belajar bersamanya di UIA. Kami baca bersama risalah dan terbitan Ikhwanul Muslimin. Kami baca Al Ma'thuuraat bersama-sama. Kami baca buku karangan IIFSO dan Triple IT bersama. Kami berpandukan Buku Hisham Athhalab - Panduan Gerakerja Pekerja Islam sebagai modul dan pendekatan kami berkerja. Kami hadiri kuliah tarbiah Prof Dr Siddiq Fadhil. Dan kami dipimpin oleh Dr Mohd Nor Manuty. Dan kami suka ikut gaya DS Anwar berpidato. Itulah kami dan itulah sahabat kami DS Zambry.
Apakah kami selepas graduasi daripada sekolah ABIM ini dan kemanapun kami - cita-cita kami ialah - MENEGAKKAN NEGARA YANG BAIK DAN MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH. Dan demikian jualah DS Zambry.
Kerana itu kami bekerja secara halus dan kasar meruntuhkan kerajaan Muzabzab pimpinan DAP di Perak. Kami susun jua akhirnya sehingga rakan kami yang terpilih menerajui kerajaan Thoyyibah ini. Kerajaan ini hendaknya dapatlah keampunan daripada Allah.
Kerana itu usahlah meneka kami sebagai orang yang bukan kami sebenarnya. Usah difitnah kami adalah milik sesiapa. Kami adalah kami, sahabat lama DS Zambry. Kami lebih rapat dan lebih kenal akan dia kerana kami seusrah. Kami telah lama hidup sebagai satu jamaah dan ikatan persahabatan yang kuat dan utuh.
Kepada Hamdan Taha, usahlah sombong siaga. Kami lebih dulu bersahabat dengan DS Zambry daripada inta. Usah menunjuk-nunjuk berhujah dengan Ayat Al Qur'an dan AlHadith yang inta hanya mampu copy n paste. Kerana itu adalah sikap buruk penjual Ayat-ayat Al Quran dan pendusta Nabi kita. Usahlah jadi pemfitnah seperti Mat Saman Kati yang memfitnah kami sebagai sahabatmu. Kamu sudah terkenal sebagai Pemain Sumpah sepertimana Sumpah Keramat Pemuda Keadilan yang kamu lafazkan dahulu. Atau kamu sudah menjadi insan yang telah dimakan oleh sumpah-sumpah itu.
2:13 PM | | 7 Comments
Kita berpolitik kerana nak mengenali diri
Pembelajaran dan penyelidikan seterusnya menzahirkan ilmu kepada suatu ketamaddunan. Perkara yang dulunya dianggap sihir telah dirungkaikan oleh ilmu sains akan rahsia-rahsianya.
Kerana berinteraksi sesama mereka, maka manusia akhirnya memilih untuk bertarung dengan akal dan bukan lagi dengan kekuatan fizikal. Maka mereka kini berpolitik.
Ketamaddunan telah membawa manusia berperang kerana idea. Inilah namanya peperangan ideologi. Peperangan ideologi ini dinamakan sebagai pertarungan politik.
Zaman kini adalah zaman idea. Idea boleh menghasilkan wang yang banyak dengan kadar masa yang pantas. Idea adalah produktiviti yang paling dinamik. Idea pula sering mengejar kelajuan masa. Idea boleh menjadi kehidupan dunia ini sebagai satu magis. Magic yang sebenarnya dipetik dari perkata Mu'jiz... Ianya sebenarnya hak ekslusif para nabi. Dan Baginda Muhammad, Mu'jiz nya ialah Al Qur'an. Maka Al Qur'an lah yang dapat memberikan rahmat atau magis ini kepada sekalian alam.
Persoalannya kini ramai yang berideologikan politik UMNO tiada tahu apakah ideologi partinya. Berbanding mereka yang berideologikan PAS dan PKR nampak lebih jelas dan faham akan ideologi parti mereka. Yang paling nampak berjuang selari dengan ideologi parti mereka ialah DAP. Manakala pelopor perjuangan parti MCA dan MIC sama saja seperti orang yang berideologikan parti UMNO.
UMNO bukanlah parti chauvanis Melayu seperti yang telah disalahfahamikan oleh ramai orang. UMNO ialah sebuah ideologi politik realitas. UMNO yang berkerja membentuk kontrak sosial sesama kaum bukan Melayu mengiktiraf kewarganegaran semua indidvidu dan membataskan sempadan bumiputra sebagai satu bonus buat kaum penduduk yang punya tanah ini asalnya.
Meskipun teras ras parti UMNO ini Melayu namun bumiputera juga ditulis kemas sebahagaian daripada kekuatannya. Namun begitu, yang menjadi paling utama tersemat di dalam perjuangan UMNO ialah menggarisluruskan akan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sejejar dengan Wasiat Kelima Raja-raja Melayu.
Sebagai agama Persekutuan maka sesiapa yang Muslim dalam negara ini boleh menjadi Muslim dan beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah.
Oh! Hudud... Dipolemikkan dan politik songsang. Siapa kata Hudud tidak dilaksanakan di Malaysia? Semua jenayah Hudud adalah DILARANG sama sekali dilakukan di Malaysia. Bolehkah kita berzina di Malaysia? Bolehkah kita MINUM ARAK? Bolehkah kita BERJUDI? Jawapannya TIDAK BOLEH!!!! Semua itu salah dilakukan di Malaysia.
Salahkah berzina di Singapura? Di Thailand? Di Indonesia? Jawapannya tak salah. Yang berperang antara PAS dan UMNO ialah.... pesalah jenayah Hudud tidak dihukum mengikut hukum yang Hudud itu. Apakah hukuman Hudud itu? Hukuman Hudud itu maksudnya hukuman itu tetap. Tiada boleh dita'azirkan. Kalau hukuman itu dinyatakan 100 sebat, maka mestilah disebat 100 kali dan tiada boleh ditukar hukuman itu dengan denda RM5,000 atau penjara.
Apa yang orang Malaysia tiada nampak ialah..... Di dalam perlembagaan Malaysia, segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran agama Islam adalah menjadi hak ekslusif Raja-raja Melayu sebagai pelindung agama Islam. Mereka adalah khalifah yang akan memutuskannya. Sekiranyanya legislator bersetuju sekalipun maka perkenan Khalifah ini adalah suatu kemestian. Ringkasnya ianya bukan hak prerogatif ahli politik (akan jadi legislator) semata.
Sudahkah PAS menghadap Majlis Raja-raja Melayu untuk membawa suatu proposal bahawa kedudukan siasah di Malaysia kini SUDAH membolehkan pesalah jenayah Hudud dihukum sepertimana yang digariskan oleh Al Qur'an?
UMNO telah berhujah bahawa Siasah Syar'iah membenarkan penggantungan perlaksanaan Hukum Hudud. Antara Hujah yang biasa kita dengar ialah sistem perlaksanaan tersebut akan mewujudkan ketidakadilan dalam beberapa senario berikut kerana komposisi kependudukan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia seperti berikut:
1. Orang Cina dan Orang Melayu berzina tetapi hukuman terhadap mereka berbeza.
2. Orang India dan Orang Melayu mencuri tetapi Melayu sahaja yang akan dipotong tangannya.
Pilihan terbaik yang paling ada di Malaysia ialah mengimport semua hukuman Hudud itu ke dalam Penal Code, misalnya, supaya semua warganegara dikenakan hukuman yang sama kerana melakukan kesalahan yang sama. Proses ini pula memerlukan kefahaman yang cukup jelas kepada kaum Bukan Melayu. Atau misalnya, mengislamkan orang Cina dan India agar semuanya boleh menerima hukuman Hudud.
Itulah antara cabaran yang mesti dilompati. Islam amat menekankan soal keadilan kepada semua. Inilah prinsip paling besar di dalam Sistem Kehakiman Islam. Sekiranya wujud elemen tidak adil maka ianya bukan daripada Islam. Prinsip kedua besar pula ialah keikhsanan. Dan prinsip yang ditentang ialah Memberatselahkakan dan yang boleh mendatangkan Permusuhan dan Perdendaman...
Kesimpulannya peperangan ideologi antara PAS dan UMNO yang berkaitan soal... melaksanakan hukuman kepada pesalah jenayah Hudud telah menjadi isu Cabangan, manakala isu pokok yang besar sepatutnya mereka perjuangkan ialah Perpaduan telah dikoyakkan sebegitu sahaja kerana pertelingkahan kepada isu cabangan ini.
Adapun yang dibangkitkan dalam manual politik PAS terhadap UMNO ialah pemimpin UMNO dalam memerintah negara ini telah menjadi Rasuah sebagai makanan Utama. Lihat... adakah rasuah itu intipati perjuangan UMNO... Jawapanya TIDAK... Namun mengikut rekod yang mereka bentangkan banyak kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah diamalkan oleh pemimpin UMNO yang sedang memerintah negara ini. Jika ianya benar, maka apa sebenarnya yang berlaku ialah pemimpin UMNO telah telah membelakangkan ideologi parti mereka. Mereka kini bukan lagi pemimpin UMNO tetapi mereka sudah menjadi pengkhianat kepada UMNO. Begitu jugalah sekiranya pemimpin PAS melakukan yang sama. Mereka adalah pengkhianat kepada parti PAS.
Pendek kata... yang bertarung di dalam politik kita adalah para pengkhianat parti masing-masing. Pengkhianat menentang pengkhianat sedangkan kita di bawah marhaen ini hanya menjadi tukang sorak yang menyorakkan sandiwara yang sedang berlaku. Sampai bila pun kita semua tak akan maju.
1:50 PM | | 5 Comments
Bumi Tapah akan bergegar dengan laungan Persaudaraan 1 Malaysia
Apapaun gagasan 1 Malaysia itu telah wujud sebermulanya wujud Persekutuan Tanah Melayu. PTM membezakan keturunan di kalangan warganegaranya manakala MU hanya mewujudkan satu warganegara yang setaraf. Ini kerana PTM lebih realistisk kepada sejarah bangsa dan tamaddun.
Lalu berlakukah suatu kontrak sosial di kalangan keturunan yang berbeza ini untuk mewujudkan satu negara bangsa. Dan kontrak sosial tercapai di mana keturunan India dan Cina bersetuju taraf Bumiputera diberikan kepada penduduk asal dan sebagai galang ganti mereka diterima sebagai warganegara dengan segala hak sebagai warganegara.
1 Malaysia itu bukanlah proses mewujudkan satu bangsa bernama Malaysia. Bangsa bukanlah boleh dicipta sesuka rasa. Bangsa itu adalah anugerah Allah kepada kelompok manusia. Lihat apa yang berlaku di Indonesia dan Amerika. Bangsa Indonesia dan bangsa Amerika itu adalah bangsa plastik. Tidak berpijak di bumi nyata. Kerana bangsa bukanlah ciptaan manusia.
1 Malaysia adalah manifestasi semangat persaudaraan di kalangan kelompok masyarakat yang berlainan ras dan keturunan. Berlainan budaya dan agama. 1 Malaysia sebenarnya adalah satu gagasan perpaduan sesama warganegara.
12:20 PM | | 10 Comments
Siapa Ketua PKR Perak? Dan "intimkah" hubungan beliau dgn Hamdan Taha?
Ikuti dahulu bingkisan ini yang dipetik dpd http://perakexpress.com/www/2008/12/23/krisis-pkr-perak/ Ini adalah versi kem PKR sendiri tentang Osman Abdul Rahman, Ketua PKR Perak.
Yang aku tau, semua Ketua Perhubungan Negeri diminta oleh Anwar supaya meletakkan jawatan, supaya satu penyusunan semula dapat diadakan. Yang tu saja. Bila aku contact member MPT PKR, sorang pun tak tau sapa yang akan dilantik menjadi Ketua PKR Perak. Biro Politik pun tak bincang…MPT pun tak bincang.
Dan aku berani cakap..cerita tentang Hj. Ismail dipecat ni datang dari EXCO PKR sendiri. Banyak cerita yang aku tau tentang EXCO ni…tapi yang tu aku akan cerita kemudian.
Hari Ahad lepas, masa menghadiri satu majlis perkahwinan…aku dapat peluang korek cerita dari YB-YB dan kepimpinan PKR…dan memang sah…Hj. Ismail akan digugurkan.
Kisah dilantik dan digugurkan dari jawatan ni perkara biasa dalam politik, tapi bila aku dengar sapa yang akan menggantikan Hj. Ismail..yang tu luar biasa sikit.
Orang yang akan menggantikan Hj. Ismail ni ialah Hj. Osman Abdul Rahman, Bekas Ketua PKR Perak dulu. Macam mana dia ni boleh dilantik sebagai Ketua PKR Perak (kalau betul la…sebab belum diumumkan lagi)…ada sesuatu yang tak betul dengan Anwar.
Hj. Osman ni dulu..lari meninggalkan Perak ketika PKR Perak dalam keadaan cacamarba. Dia letak jawatan sebagai Ketua PKR Perak…termasuk jawatan Ketua Bahagian Pasir Salak…lari ke Kelang.
Dalam ucapan terakhir sebagai Ketua PKR Perak…dia ada cakap. “Perjuangan saya adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim…sekarang Anwar dah bebas, perjuangan saya sudah selesai.” Itulah falsafah perjuangan Hj. Osman. Bila Anwar bebas..perjuangannya pun selesai. PKR nak hidup ka…mati ka..mampuih pi la. Dia angkat kaki dan cabut ke Kelang untuk cari duit dengan bisnesnya. Tinggal la ahli-ahli PKR Perak..hidup segan mati tak mau. Takat jadi tunggul buruk.
Bila Hj. Osman cabut, Hj. Ismail diminta oleh Anwar menjadi Ketua PKR Perak. Tapi bila Hj. Ismail diserang sakit jantung dan dimasukkan kehospital lewat tahun 2007, dia mengundurkan diri dan Ustaz Zulkifli memangku jawatan Ketua PKR Perak,manakala Hj. Ismail membantu Ustaz Zul sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri. Selepas pilihanraya…dan selepas sembuh sepenuhnya , tak berapa lama selepas pilihanraya..Hj. Ismail memegang kembali jawatan Ketua PKR Perak.
Nak pecat Hj. Mail pun pecat la…aku peduli apa. Dia jadi Ketua PKR Perak pun..aku macam tu jugak. Tapi bila Anwar hantar Hj. Osman ke Perak..Anwar sebenarnya memperlekehkan kepimpinan PKR Perak.
Tak kan tak dak sorang pun diantara Ketua-ketua Bahagian di Perak ni yang layak jadi Ketua PKR Perak…sampaikan Anwar terpaksa recycle pemimpin yang dah tamat tempoh. Mustafa Kamil Ayub ada…Ustaz Zul ada..senator Hamzah ada…tak layak ka?
Mungkin Anwar dah besar kepala…tak perlu tanya kat Ketua-ketua bahagian sebelum mengambil keputusan. Mungkin Anwar dah rasa kuat…tak perlu tanya tukang gantung bendera dan tukang tampal poster. Cukup dengan mendengar nasihat dari dua tiga orang keliling dia.
Dah banyak kali Anwar ditimpa masalah kerana mendengar orang-orang dikeliling dia. Dari dia kena pecat dari Umno, kemudian isu Ezam…lepas tu isu Saiful. Semua kerana tak mahu dengar cakap orang lain.
Sekarang Anwar menggantikan orang-orang yang dah bankrap kerana memperjuangkan parti, dengan tokoh-tokoh korporat…yang hidup senang ketika orang lain tengah mati memperjuangkan parti.
3:13 PM | | 1 Comments
Perak di sana sini...... Satu rungkaian situasi
Saranan berulangan oleh DS R Ahmad cukup baik.... Khabarnya Sinar Perak menulis sekali lagi saranan beliau.... Namun begitu hukuman yang nak dikenakan kepada 1+23 orang ADUN mestilah suatu hukuman yang strategik. Kira pula bilakah jangkamasa Sidang perlu diadakan.... Ya, untuk membentangkan bajet nanti.... Jadi berundinglah dengan bijaksanawan yang ada di kem UMNO... Jangan ulang kesilapan yang merugikan...
Jayakan setinggan Sifar termasuk setinggan di Pejabat SUK
Khabarnya ada beberapa org yang menjadi setinggan di Pejabat SUK... Banteras segera setinggan tersebut sebahagian daripada usaha besar MB DS Zambry untuk menghapuskan Setinggan di Perak.
Kak Midah mampu memainkan peranan dengan lebih tegas...
Sebagai EXCO kanan, Kak Midah pastinya mempunyai "kuasa" yang cukup besar dalam pentadbiran kerajaan Negeri. Justeru Kak Midah bolehlah melihat apajua yang "tak kena" dalam pentadbiran negeri ini dapat ditegur demi kebaikan semua. Kak Midah kini mempunyai rekod pentadbiran yang cukup baik. Teruskan momentum ini demi kebaikan Negeri Perak.
Husni buktikan Tambun adalah bahagian UMNO terbaik
Diberitakan bahawa UMNO Tambun mempunyai barisan kepimpinan yang cukup baik. Kesederhanaan DS Husni dalam pentadbiran politik UMNO Tambun telah mewujudkan satu semangat kerja berpasukan yang wajar dicontohi. Walaupun kini menjawat jawatan besar spt Menteri Kewangan 2 dan Bendahari UMNO, DS masih seperti dulu... Pemimpin rakyat yang berjiwa rakyat. Syabas kepadanya.
YB Khusairi tunjuk teladan yang baik
Dilihat daripada perkembangan di blognya, tahniah kepada YB Dato kerana melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik dalam real politics. Minta Dato lebih banyakkan lagi program bersama rakyat tanpa jemu... Dato punya tugas besar utk memastikan DUN Behrang dan DUN Slim kekal dalam tangan kita. Di samping itu cubalah rampas kembali DUN Sungkai.
Kami sayang DS Zambry
Akhir sekali janganlah DS marah dengan teguran yang kita highlight kan dalam blog ini... Dan DS sendiri tak kenal kami dan kami bukanlah sebahagian dpd UMNO; pastilah apa yang kita tegur di sini ikhlas untuk membaiki kelemahan yang kita kira DS perlu ambil perhatian ini dengan serius....
12:39 AM | | 8 Comments